Maka ambillah (kejadian itu) untuk ... Allah swt lah yang lebih tahu pada setiap ciptaanNy ..............
MENCUNGKIL RAHSIA ALAM MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH
SadauFm.Blogspot.com
Friday, 17 February 2012
Jalur-Jalur Frekuensi Dalam Komunikasi Satelit
Kebanyakan komunikasi satelit beroperasi didalam spektrum frekuensi gelombang mikro.Spektrum gelombang mikro ini dibahagi kan kepada beberapa jalur frekuensi.Untuk memahami secara terperinci tentang jalur frekuensi, mari kita lihat Jadua dibawah :
Jalur C merupakan jalur frekuensi yang digunakan secara meluas dalam sistem komunikasi satelit. Frekuensi up-link adalah dalam julat 5.925-6.425 GHz manakala frekuensi down-link berada dalam julat 3.7 - 4.2 GHz. Tetapi untuk tujuan perbincangan selalunya frekuensi up-link dirujuk sebagai 6 GHz dan frekuensi down-link dirujuk sebagai 4 GHz.
Walaupun kebanyakan komunikasi satelit menggunakan jalur C, perkembangan teknologi sekarang menyebabkan sistem komuniaksi satelit menggunakan frekuensi yang lebih tinggi. Dalamt ahun 1989 sistem satelit telah beralih arah ke jalur Ku. Frekuensi up-link berada dalam julat 14-14.5 GHz dan frekuensi down-link berada dalam julat 11.7 -12.2 GHz. Selalunya, semasa membincangkan jalur Ku bagi komuniakasi satelit, ianya dirujukkan sebagai 14 / 12 GHz.
Pada masa kini, hampir kebanyakan sistem komunikasi satelit berkendali dalam julat Ku. Ini adalah disebabkan oleh jular-C telah menjadi terlalu padat.
Dua lagi jalur yang mendapat perhatian adalah jalur X dan jalur L . Pihak tentera menggunakan jalur X bagi komunikasi satelit dan radar, manakala jalur L digunakan dalam bidang marin, komunikasi angkasalepas dan juga radar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment