+++++Terima kasih kepada pengunjung bintangbesi.blogspot.com ...baca dan fikir dgn akal, nescaya anda akan berkata..."Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya ini .." tidak dinafikan disekeliling kita dipenohi oleh aura2 yg memberi menafaat kpd penghidupan manusia bagi yg berfikir...cuma pada penglihatan manusia tidak dapat melihatnya..begitulah hebat dan besarnya ilmu ALLAH TAALAterima kasih atas perkongsian

MENCUNGKIL RAHSIA ALAM MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH





Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen). * Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
* ‘Falak’ dari bahasa Sumerian ‘pilak’ bermaksud sesuatu yang berputar.
* Dalam bahasa latin, astronomi – ilmu mengenai bintang.
* Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
* Al-Quran : benda yang beredar di langit – surah Yasin: 40 dan Al-Anbiya:33. * Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
* Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
* Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya..:

"SMSM

SSesungguhnnya kejadian-kejadian yang berlaku di angkasalepas ini adalah tanda kebesaran Allah bagi mereka yangberfikir, untuk mereka mengambil iktibar. Firman Allah s.w.t didalam surah Ali Imran, ayat 190 dan 191 :




5 Ertinya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, danpada pertukaran malam dan siang adalah sebagai bukti dantanda kekuasaan Allah, bagi orang-orang yang berfikir. (Iaitu)orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasamereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, danmereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkaumenjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha SuciEngkau, maka peliharalah kami dari azab neraka


.


Kepada Siapa Aku Ingin Merintih:

???????


TERUS MENCARI RAHSIA ALAH :




??????br/>


AKU INSAN KERDIL :

SEGALA YANG TERJADI PASTI TERSELIT SEJUTA HIKMAH.

SadauFm.Blogspot.com

Friday, 17 February 2012

Prinsip Komunikasi Satelite


Untuk tujuan komunikasi, satelit ditakrifkan sebagai stesen komunikasi angkasa yang berada pada orbit tertentu diatas permukaan bumi yang berkeupayaan untuk menerima isyaat, menukarkan nilai frekuensi kepada nilai yang berbeza, menguatkan dan seterusnya memancarkan semula isyarat gelombang radio tersebut antara stesen-stesen di bumi.


Stesen pemancar di bumi akan menghantar isyarat ke satelit di angkasa pada frekuensi up-link. Penerima di satelit akan menerima isyarat tersebut, menguatkan dan menukarkannya kepada frekuensi down-link sebelum dipancarkan semula ke stesen penerima di bumi. Kebiasannya frekuensi down-link adalah lebih rendah daripada frekuesi up-link.

Bagi sistem 4/6 GHz dan 12 / 14 GHz, 4 GHz dan 12 GHz adalah frekuensi-frekuensi down-link manakala 6 GHz dan 14 GHz pula adalah frekuensi-frekuensi up-link. Rajah di bawah menunjukkan konsep asas bagi komunikasisatelit.

SATELITE ANGKASA

Secara lazimnya, sistem komunikasi satelit terdiri dari dua bahagian utama iaitu: satelit angkasa dan stesenbumi.

Satelit angkasa bertindak sebagai pengulang radio atau stesen pengulang. Manakala, dua atau lebih stesen bumi boleh berhubung antara satu sama lain melalui satelit. Satelit komunikasi beroperasi dengan kuasa yang dibekalkan oleh sejumlah bateri yang telah dicaskan, yang diperolehi daripada panel-panel solar.


SUB-SISTEM KOUNIKASI

Ia terdiri daripada beberapa buah transponder yang
menerima isyarat daripada bumi. Sub-sistem komunikasi
terdiri daripada:
i.
Penerima – menerima isyarat asal (Up-link). Isyarat yang biasa diterima adalah isyarat suara, video atau data komputer.

ii.
Penukar frekuensi–menukar frekuensi yang diterima kepada frekuensi yang tertentu dengan mencampurkan isyarat yang diterima tadi dengan isyarat yang dihasilkan oleh silator tempatan.

iii.
Pemancar-isyarat yang ditukar tadi, dipancarkan semula ke stesen bumi.

Biasanya bagi Jalur -C isyarat up-link ialah 6 GHz dan isyarat down-link pula 4 GHz. Tujuan pertukaran frekuensi dibahagian penukar frekuensi adalah untuk mengelakkkan daripada frekuensi yang dipancar sama dengan frekuensi yang dterima, yang mana boleh menyebabkan gangguan.

Telemeteri, Pengesan dan Kawalan Sub-sistem

Bahagian ini membolehkan stesen di bumi mengawasi dan
mengawal peralatan dalaman yang terdapat didalam
satelit.

i.
Telemeteri–digunakan untuk menghantar laporan semasa, berkenaan satelit dari ruang angkasa ke stesenbumi.
ii.
Pengesan dan Kawalan Sub-sistem–membolehkan stesen dibumi mengawal peralatan dan kendalian dari bumi. Pengawalan ini dilakukan dengan menggunakan kod-kod tertentu. Ia dikawal dengan menggunakan Atur cara Kawalan Induk (Master Control Program) melalui komputer.

Aplikasi Sub-sistem


Terdiri daripada beberapa komponen yang istimewa, membolehkan sesebuah satelit itu menjalankan tugas-tugas tertentu. Contohnya satelit komunikasi terdiri dari transponder yang digunakan untuk perhubungan. Untuk meninjau keadaan suhu dan cuaca ia akan menggunakan sensor infra-merah.

No comments: