+++++Terima kasih kepada pengunjung bintangbesi.blogspot.com ...baca dan fikir dgn akal, nescaya anda akan berkata..."Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya ini .." tidak dinafikan disekeliling kita dipenohi oleh aura2 yg memberi menafaat kpd penghidupan manusia bagi yg berfikir...cuma pada penglihatan manusia tidak dapat melihatnya..begitulah hebat dan besarnya ilmu ALLAH TAALAterima kasih atas perkongsian

MENCUNGKIL RAHSIA ALAM MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH





Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen). * Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
* ‘Falak’ dari bahasa Sumerian ‘pilak’ bermaksud sesuatu yang berputar.
* Dalam bahasa latin, astronomi – ilmu mengenai bintang.
* Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
* Al-Quran : benda yang beredar di langit – surah Yasin: 40 dan Al-Anbiya:33. * Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
* Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
* Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya..:

"SMSM

SSesungguhnnya kejadian-kejadian yang berlaku di angkasalepas ini adalah tanda kebesaran Allah bagi mereka yangberfikir, untuk mereka mengambil iktibar. Firman Allah s.w.t didalam surah Ali Imran, ayat 190 dan 191 :




5 Ertinya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, danpada pertukaran malam dan siang adalah sebagai bukti dantanda kekuasaan Allah, bagi orang-orang yang berfikir. (Iaitu)orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasamereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, danmereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkaumenjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha SuciEngkau, maka peliharalah kami dari azab neraka


.


Kepada Siapa Aku Ingin Merintih:

???????


TERUS MENCARI RAHSIA ALAH :




??????br/>


AKU INSAN KERDIL :

SEGALA YANG TERJADI PASTI TERSELIT SEJUTA HIKMAH.

SadauFm.Blogspot.com

Friday, 17 February 2012

Mari Kita Ketahui Dunia Satelite


Sistem komunikasi satelit merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat penting dan canggih kepada semua penduduk bumi.Perkembangan sistem komunikasi ini dapat dilihat hari ini dengan terdapat banyak antena-antena atau parabola yang dipasangkan pada rumah-rumah kediaman untuk tujuan penerimaan isyarat televisyen satelit.

Disamping berkebolehan membawabanya ksaluran telefon dan saluran televisyen, sistem komunikas isatelit juga menawarkan beberapa ciri penting yang tidak terdapat pada sistem-sistem komukikasi yang lain. Antaranya ialah pertambahan keluasan kawasan yang liputan. Oleh kerana sistem komunikasi satelit dapat merangkumi kawasan yang sangat luas, maka ia boleh membentuk satu rangkaian bintang yang menyambungkan ramai pengguna secara serentak walaupun dipisahkan secara geografi.

Oleh kerana kos pada peringkat permulaan adalah sangat tinggi ,maka sistem ini lebih ekonomi jika digunakan untuk jangka masa yang lama. Secara keseluruhannya ,sistemkomunikasi satelit adalah lebih fleksible berbanding sistem-sistem komunikasi yang lain.

Satelit adalah satu objek fizikal yang bergerak mengelilingi bumi. Satelit terjadi samada secara semulajadi atau secara buatan manusia. Contohnya,bumi dan planet lain adalah satelit yang mengelilingi matahari. Manakala bulan pula adalah satelit kepada bumi.Satelit buatan manusia yang dilancarkan ke angkasa lepas mempunyai banyak kegunaan ,dan yang paling penting adalah untuk tujuan komunikasi.

Kebolehan satelit mengelilingi bumi pada orbitnya adalah kerana daya pecutan bagi satelit yang seimbang dengan daya tarikan graviti bumi. Lebih dekat kedudukan suatu satelit dengan permukaan bumi, maka daya tarikan graviti bumi adalah lebih kuat untuk menariknya kebumi. Olehitu, suatu satelit perlu mempunyai kelajuan yang tinggi untuk mengekalkan kedudukan diorbit.

Secara praktikal, orbit yang paling rendah ialah 100 batu dari permukaan bumi. Pada ketinggian ini, kelajuan satelit adalah pada anggaran 17,500 batu sejam untuk membolehkan ia kekal pada orbit. Dengan kelajuan ini, satelit akan mengelilingi bumi dalam masa 1½jam.

Bagitu juan komunikasi, kebiasaanya satelit perlu berada pada orbit yang lebih tinggi iatu pada kedudukan 22,282 batu. Pada ketinggian ini, satelit perlu bergerak pada kelajuan 6800 batu sejam untuk kekal pada orbit dania
akan berputar mengelilingi bumi dalam masa 24 jam iaitu sama dengan masa putaran bumi.

Disamping keseimbangan antara daya pecutan satelit dan daya tarikan graviti bumi, satelit juga perlu dipastikan berada pada kedudukannya yang betul dari masa kesemasa.Ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya adalah daya tarikan dari matahari dan bulan. Begitu juga dengan daya tarikan graviti bumi yang tidak sama pada semua permukaan. Oleh yang demikian, satelit perlu dilaraskan pada masa-masa yang tertentu.
Kebanyakan satelit mempunyai roket kecil yang dipanggil ‘thrusterjet’ yang digunakan untuk memberi daya tolakan samada untuk meningkatkan kelajuan atau pun sebaliknya bagi mengimbangi masalah hanyut. Semua arahan untuk mengaktifkan mekanisma ini dilakukan dari pusat kawalan bumi. Proses ini dikenali sebagai ‘stationkeeping’.

Selain daripada mengatasi masalah hanyut, satelit juga perlu dilaraskan pada kedudukan yang tertentu supaya dapat memaksimakan keupayaannya. Pelarasan ini dikenali sebagai ‘altitude control’ dan ia perlu dikawal supaya antena boleh dihalakan kebumi pada kedudukan yang betul. Ini adalah juga untuk memastikan panel solar diarahkan kepada matahari supaya kuasa maksima dapat dihasilkan serta distorkan dari masa ke semasa.

No comments: